Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

K'jaan negeri didesak jelas kerugian Yayasan S'ngor RM4.8j

Shah Alam: Kerajaan Selangor didesak memberi penjelasan mengenai kerugian kira-kira RM4.8 juta setahun ditanggung Yayasan Selangor (YS) selepas bangunan milik mereka di Bukit Bintang gagal beroperasi sejak dua tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abdul Razak berkata, kerugian itu terpaksa ditanggung akibat kegagalan mendapatkan kelulusan perintah pembangunan (DO) bagi kerja baik pulih daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kalau diikutkan dari segi hasil pendapatan, YS menerima kira-kira RM400,000 hasil kutipan sewa daripada penyewa bangunan itu setiap bulan, iaitu bersamaan dengan kira-kira RM4.8 juta setahun sebelum bangunan itu dikosongkan untuk dibaik pulih.

“Sebab itu saya minta kerajaan negeri memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan dalam dewan ini ketika perbahasan Rang undang-undang Enakmen Perbekalan (2014).

Bagaimanapun, perkara ini tidak dijawab oleh Menteri Besar,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Sulaiman berkata, hingga kini kerajaan negeri juga masih gagal memberi penjelasan sepenuhnya mengenai status Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan yang akan dirobohkan bagi tujuan pembangunan.

“Saya difahamkan tiada sebarang kerja pembangunan baru dijalankan di tapak asrama ini, namun proses pemindahan pelajar bagi kedua-dua asrama ini sudah pun dilakukan,” katanya.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info