Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kim Swee teruja ganti Rajagobal

KIM Swee (kanan) ketika aksi persahabatan Harimau Muda A menentang ATM.
Kuala Lumpur: Dua tugas penting yang bakal digalas serentak oleh Datuk Ong Kim Swee bukan satu masalah besar buat jurulatih itu yang bersedia memberikan komitmen terbaik untuk skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda A tahun depan.

Pengendali berusia 42 tahun dari Melaka itu mengakui ia bukan tugas mudah biarpun hanya dilantik sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan menyambung kontrak Datuk K Rajagobal yang berakhir 31 Disember ini.

“Saya mengakui tugas selaku jurulatih Harimau Malaya amat mencabar tapi saya tetap teruja untuk membantu pasukan kebangsaan menikmati kejayaan di pentas antarabangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Keputusan FAM pada Mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah menyaksikan Kim Swee bakal ditawarkan kontrak baru bersama skuad Harimau Muda namun tempoh kontrak itu belum diputuskan lagi.

Kim Swee yang mempunyai misi bersama skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Myanmar bulan depan akan menggalas tugas sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya selagi FAM belum dapat mencari pengganti.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info