Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

PAS Ajak Umno Muzakarah

SHAH ALAM: PAS secara terbuka mengajak Umno untuk duduk berbincang mengenai perlaksanaan pentadbiran Islam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia menjalinkan tahaluf atau kerjasama dengan Umno demi kepentingan rakyat.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu perlaksanaan Islam.

"Kita perlu letakkan hukum Islam di hadapan," katanya sambil disambut laungan takbir.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, Ahad.

Tegas Abdul Hadi, PAS perlu memainkan peranan dalam mengingatkan Umno supaya mengamalkan ajaran Islam dalam pentadbiran termasuk berkaitan isu ekonomi, perundangan mahupun keselamatan.

"Insya-Allah ulama-ulama kita akan turun (berbincang). Kita ramai ahli-ahli...nak yang tua atau muda pun ada.

"Nak bincang tentang isu undang-undang atau isu ekonomi pun boleh. Malah kita juga ada orang yang layak bercakap berkaitan isu keselamatan," katanya
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info