Nampaknya berbekas betul di hati pelakon ini dek segala fitnah dan gossip yang melanda dirinya sepanjang lima tahun bergelar anak seni ini. Sharnaaz Ahmad memaklumkan yang beliau nekad untuk meniggalkan dunia lakonan dan kembali ke pekerjaan lama.
Melalui Berita Harian semalam, Sharnaaz Ahmad berkata yang drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingan bersama Nelydia Senrose akan menjadi drama terakhir beliau dan keputusan untuk bersara di’ambil selepas berfikir panjang.
“Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip & kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak akan terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang,” ujarnya.
Pelakon yang pernah bergelar kekasih Shila Amzah ini turut memaklumkan yang beliau tidak menyesal dengan keputusan ini dan akan kembali ke bidang kerja lamanya selepas ini.
“Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas seperti dulu. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka”
“Tidak guna duit berkepuk, tetapi hati tidak bahagia. Saya juga manusia biasa, saya mahukan ketenangan hidup,” tambah Sharnaaz Ahmad lagi.