![]() |
Gambar hiasan |
Pengarahnya Paimuzi Yahya berkata, pegawai penguat kuasa sudah dihantar melakukan pemantauan dan siasatan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai siasatan itu.
“Kami sudah menghantar pegawai untuk menyiasat mengenainya hari ini (semalam) untuk mengumpul bukti. Namun, maklumat lanjut sama ada perkara ini serius atau sebaliknya dan persoalan lain mengenai ajaran ini hanya dapat diberikan selepas siasatan lanjut siap,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengesan serpihan ahli ajaran sesat al Arqam yang membawa ajaran itu ke Putrajaya.