Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

(Gambar) Foto separuh bogel penasihat politik tersebar

Seorang wanita muda telah menggegarkan suasana politik tanahair apabila foto separuh bogelnya muncul dalam sebuah akhbar tabloid.

Vanja Hadzovic, 27, bertugas sebagai penasihat di kementerian luar negeri Serbia adalah salah seorang yang bercita-cita tinggi mahu meneruskan kariernya di bahagian hubungan diplomatik.

Namun begitu, foto seksinya di akhbar Blic telah menyebabkan cakap-cakap belakang dikalangan ketua-ketua jabatan di kementeriannya.

Sumber dari kementerian berkata, "Sudah pasti ada yang tidak bersetuju dengan aksi beliau sebegitu tetapi bercita-cita besar untuk bertugas sebagai seorang diplomat."

Vanja, seorang pemegang ijazah pengurusan media telah menolak untuk memberi sebarang komen mengenai gambar tersebut yang tersebar semalam.

Menteri di kementerian tersebut, Ivan Mrkic berkata perkara tersebut akan disiasat oleh pihaknya.
Beliau juga berkata, Vanja masih lagi dalam latihan dan belum melakukan apa-apa urusan diplomatik. Sumber lain berkata, walaupun begitu, pihak kementerian tetap berasa malu dengan kejadian tersebut, mereka tetap mempertahankan tindakannya berkasi di dalam jaringan sosial.

"Untuk muncul di media sosial, itu adalah hak peribadi masing-masing. Tetapi pegawai-pegawai di kementerian harus patuh kepada peraturan yang telah digariskan.

Sebelum ini, Vanja Hadzovic pernah menjadi naib Presiden sayap remaja Parti Sosialis - parti yang pernah dipimpin oleh penjenayah perang, Slobodan Milosevic.


 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info