Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Menteri Kesihatan cedera dalam kemalangan

MELAKA - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam ini.

Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata, ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November di sini.

Beliau berkata, Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil.

"Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut...jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. - Bernama
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info