Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

PAS P. Pinang ugut kerajaan negeri

TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof (dua dari kiri) bersama pemimpin PAS mengadakan sidang media membidas kerajaan negeri Pulau Pinang di Safira Club, Seberang Jaya, hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar
BUTTERWORTH: PAS Pulau Pinang hari ini mengancam akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang jika peminpin parti tertentu dalam kerajaan terus campur tangan dalam hal ehwal Islam negeri.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusof, hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PAS negeri dan akar umbi.

Muhammad Fauzi berkata, pihaknya bersama akar umbi tidak mahu PAS dilihat sebagai boneka kerana tidak mempunyai suara dalam pentadbiran.

"Malah campur tangan Exco dalam hal berkaitan agama dilihat menafikan kuasa Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man yang dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang(MAINPP)," katanya.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info