Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Persahabatan: Harimau Malaya tewas pada Kuwait 3-0

KUALA LUMPUR, 9 Nov - Skuad Harimau Malaya nyata bukan tandingan buat Kuwait selepas kalah 3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Al-Sadaqua Walsalam, Kuwait, Jumaat.

Tiga gol skuad 'Al-Azraq' (The Blue) kendalian jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira dijaringkan oleh Al Rashidi Ahmad pada minit keenam, Saif Al Hashan (34') dan Khaled Ajab pada minit ke-53.

Perlawanan berkenaan merupakan persediaan skuad negara menghadapi Bahrain pada aksi keempat, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Bahrain di Manama, 15 Nov ini.

Skuad negara akan kembali semula ke tanah air untuk melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kelayakan di Stadium Shah Alam, empat hari kemudian.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali.

-- BERNAMA
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info