Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Penyokong Pahang bayar nazar jalan kaki 280 km

Abdul Majid berjalan dari Kuantan ke Stadium Shah Alam semata-mata membayar nazar di atas kejuaraan Pahang dalam Piala Malaysia.
KUANTAN - Seorang peminat setia Tok Gajah tekad berjalan sejauh 280 kilometer (km) dari Kuantan ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar berikutan kejayaan skuad Pahang menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Abdul Majid Abdul Hamid, 57 mula berjalan pada 6.45 petang dari Masjid Negeri, di sini semalam.

Pengawal keselamatan itu memberitahu, doanya makbul apabila pasukan kesayangannya itu menewaskan Kelantan, 1-0 di final.

“Saya bayar nazar kerana doa saya untuk melihat Tok Gajah merangkul Piala Malaysia dimakbulkan ALLAH SWT.

“Saya rela hati. Jadi saya bernazar memulakan perjalanan dari Masjid Negeri kerana di situ saya berdoa dan jadi kenyataan di Stadium Shah Alam,” katanya yang ditemui di Tol Gambang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) , semalam.

Berbekalkan tunai RM60, dia membawa Jalur Gemilang, bendera Pahang, sehelai kain pelekat, dua jersi Pahang dan dua helai seluar sukan untuk kembara solonya itu.

“Saya jangka sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini," katanya.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info